..Pengalaman Pertama part1..

Alhamdulillah..pejam celik pejam celik Muqri dah berusia 1m++..Ibu Muqri pon dah memulakan semester baru sebagai pelajar tahun akhir..Sementara belum mula buat research,teringin juga nak cerita pengalaman pertama dan mungkin terakhir bersalin di Jepun kat blog sepi ni..

Rasanya ramai yg dah tau..Muqri ni sakago-chan(baby songsang)..Jadi,aku perlu dibedah dan kami pilih 28 Februari sebagai tarikh lahir Muqri^^..oleh kerana pembedahan dibuat pada pagi 28hb,aku perlu masuk hospital bermula 27hb..

27 Februari 2012

Seawal jam 10pg aku dan encik hubby dah sampai kat hospital..Lepas dah uruskan dokumen2 yang patut,terus dibawa ke wad.Diberi katil dan baju untuk ditukar.Nurse suruh rehat2 dulu sementara tunggu doktor datang untuk beri penerangan pasal pembedahan.


..lunch kat hosp..tak sedap sgt la..hehe
Lepas dah lama tunggu,doktor pon datang.Terangkan semua pasal bagaimana pembedahan akn dilakukan,kesan sampingan dll yg berkaitan.Waktu ni ada la rasa cuak sikit~Tapi bila fikir dapat jumpa baby,rasa tak sabar plak nak kena bedah..hehe..Lepas dah dengar sume2,encik hubby pon balik..Tak dapat nak teman lama2 sebab encik hubby ada kerja kat lab..huhu..

Lepas encik hubby balik,berkali-kali doktor dan nurse datang ke katil aku..Nak terangkan itu dan ini..Nak buat misi dan visi pembedahan bagai~Siap diberi peluang untuk melawat bilik bedah..hehe..Memang sistematik dan terperinci la diorang buat kerja..Aku yang akan dibedah ni pon rasa relaks dan selamat..Alhamdulillah..Waktu ni dilapangkan dada oleh-Nya..

Malam2 tak dapat tidur..Mungkin sebab tak sabar nak jumpa baby..Tengah layan perasaan,tiba2 makcik katil sebelah tanya dengan prihatin "OK ke..dengar awak sokseksoksek(bunyi orng selsema)..ada tisu tak?".. Dia hulur 2 peket tisu..Aku jawab "takpe makcik..saya ada tisu dah",sambil tunjuk sekotak tisu yang aku bawa dari rumah.."Arigatou gozaimasu" kataku sebagai tanda terima kasih atas keprihatinannya..Terharu!.."Douitashimashite(sama-sama)",balas makcik tu.. 

Entah pukul berapa,aku pon terlelap..


signature

Maira Anjami

Headband Maker of Aya Marhaa | Shaklee Indipendent Distributor | Kindly Whatsapp 013-2059171 for order and free consultation :)

9 comments:

  1. mai..cite la apa doc tu ckp pasal bedah tu..best la..nak dengar lagi,blh tukar pengalaman..kita pun masa indah operate..sob sob..asik tunggu mai update je..hihi..baby muqri sangat hensem lah..

    ReplyDelete
  2. Mknn dia simple rasa tawar je. Hehe.. Bila ckp tak boleh mkn sake, mirin dll mmg betul2 dijag. tp masa akk kat byoin diaorg bg bawak mknn sndiri. Bwk kicap, halia ikan bilis sndiri. Hehe..

    ReplyDelete
  3. maira ^^

    kena bedah ka? Alhamdulillah baby selamat... =)

    jaga diri tau..hee


    janna ~

    ReplyDelete
  4. Tahniah for becoming a mummy! Comel sgt2 baby ni..teringin nak baby lagi...terima kasih juga sebab sudi link kan blog akak kat page ni...akak follow...selamat berjaya di negara otromen nun...waaaa bila la akak berjaya gi jepun huhuhu

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Maira,
    Tahniah di atas kelahiran anak sulung...

    ReplyDelete
  6. comel muqri...saat bahagia bila bersama abah n muqri....tahniah...dh jd mum...
    follower ke 91

    ReplyDelete
  7. tahniah kak, di atas kelahiran little khalifah!

    :)

    ReplyDelete
  8. lame u x update blog u:(

    ReplyDelete
  9. salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
    Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
    ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

    ReplyDelete