..Ada Apa Dengan Nama??..

Waktu zaman sekolah dulu,aku dan kawan2 pernah gak la bersembang pasal nama2 orang..

"tak sedap la name watak dlm novel ni..letak la name tut~ ke..takpun tut~..bru la sdp.."

"kalo anak lelaki,nk bg name sekian2..kalo anak pompuan plak sekian2..suka sgt due name ni.."

"name anak nnt,x nak letak initial A atau Z..kalo ade ujian lisan nnt,A mesti kene panggil dulu..kalo time prekse plak,Z mesti kne duduk blakang skali..x nak la..M ngan N ok la sebab tengah2.."

haha =D..dan bermacam2 lagi pendapat serta berbagai2 nama lagi yang terilham hasil daripada perbincangan aku dan kawan2..Waktu tu masing2 nak bagi name yang sedap lagi canggih manggih tok bakal anak..hehe..

Sekarang ni pon, kadang-kadang aku dan encik hubby ade gak tersembang2 pasal name bakal anak nanti...nak name yang lain dri yg lain lah..cantik disebut lah..time prekse bleh dok tgh2 lah..hahaha..

Bukan senang nak letak nama untuk anak rupenye..berbagai aspek perlu diambil kira..Yang penting nama yang dipilih tu mestilah elok dan mempunyai maksud yang baik.Sebab,nama yang dipilih sedikit sebanyak dikatakan mampu mempengaruhi akhlak anak2 nanti..

Abu Daud meriwayatkan daripada Abu Darda r.a bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Sesungguhnya pada hari kiamat kelak,manusia akan dipanggil menghadap Allah SWT dengan nama masing-masing dan nama bapa masing-masing(sepertimana nama di dunia).Oleh itu,pilihlah nama yang baik-baik untuk kamu sekalian."

Maira Anjami

Headband Maker of Aya Marhaa | Shaklee Indipendent Distributor | Kindly Whatsapp 013-2059171 for order and free consultation :)

No comments:

Post a Comment