Semalam,hampir seharian aku dan encik hubby duduk kat rumah seorang senior PhD ni..Tolong translate kan die punya kerja..Walaupon aku yang bersetuju nak membantu,last2 encik hubby yg tolong translatekan semua..aku gi main game ngan anak2 senior tu..hikhik..
Tapi kan,aku bukan main game semate2 tau..sambil encik hubby dan senior tu bertungkus-lumus 'mentranslate',aku pon berkira-kira tentang kemampuan diri..
Sebenarnya,sejak sekolah rendah cita-cita aku nak jadi cikgu..Tapi,bile dah masuk sekolah menengah nak jadi pensyarah la plak..nak jadi pensyarah kena belajar sampai PhD..mampu ke aku?
Selama hampir 2 tahun aku duduk Hokudai ni,aku berpeluang kenal beberapa orang pelajar PhD..Jadi,secara langsung atau tidak langsung aku pon dapat tau susah payah,perit jerih nye bergelar seorang pelajar Phd..Pernah satu waktu,aku membuat keputusan tak nak belajar sampai PhD dan tak nak jadi pensyarah sebab rasa tak mampu..Tapi di waktu yang lain rase nak cube jugak berusaha sampai jadi pensyarah..ish2..Rasanya dah berpuluh-puluh kali aku bertukar cita-cita antara cikgu atau pensyarah..encik hubby pon hanya mampu layankan aje omelanku..hahaha..
Walaupon difikir,jawapan masih blom pasti dan hati pon masih blom tetap..kalo sekarang orng tanya nak jadi ape,aku lebih selesa jawab.."nak jadi seorang PENDIDIK"... :))
gambar hiasan^^..
Apepon,aku hanya mampu merancang,Allah yang menentukan..dan aku perlu yakin bahawa rencana Allah adalah yang terbaik..
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
No comments:
Post a Comment