Subhanallah..sepanjang jalan pulang ke rumah dihiasi salji yg putih.cantik!Salji itu mengingatkan aku bahawa aku sekarang berada di Hokkaido,negeri salju Jepun.Jepun?Ya!Negara matahari terbit tu..Ya!Negara bunga sakura tu..

Alhamdulillah..angan2 di zaman sekolah yg bertukar menjadi matlamat di AAJ(Ambang Asuhan Jepun,UM) berjaya dilaksanakan..Peluang untuk belajar di Jepun sudah berjaya digenggam..
Tapi..perjuangan belum selesai..Usaha perlu diteruskan walaupon banyak cabaran baru yg menanti.Berjauhan dengan keluarga,berpisah dengan sahabat kadang2 membuatkan aku rasa payah untuk berjuang.Perasaan sedih,putus asa,kecewa,malas datang silih berganti.Waktu aku 'jatuh',pesanan keluarga dan sahabat lah yg jadi dorongan untuk aku 'bangun' semula.
"mak percaya,nilah yang terbaik untuk adik"..adik saaaayang mak.
"takpe Maira,kalo ko tak mampu,mesti akan ade orng tolong sampai mampu"..terima kasih sahabat..
"boleh nye..Allah kan uji ikut kemampuan kita"..uhibbuki fillah sahabat..
Dan waktu aku 'jatuh' juga,seorang sahabat telah hantar lagu 'selamat berjuang' ni.Aku yakin melalui lagu ni die hantar pesan dan doa untuk aku :))..
Itu antara pengalaman waktu mule2 sampai Jepun.
Alhamdulillah..menangis ketawa menangis ketawa..dah hampir 2 tahun aku kat sini.Buktinya,final exam semester 4 pon dah nak dekat..Persediaan?..hehe..tengah nak mengumpul semangat untuk berusaha dan berjuang..kawan2,jom kita teruskan perjuangan!頑張ろう!
p/s:semoga kita akan mendapat redha Allah dengan berusaha^^
..selamat berjuang untuk aku dan sahabat2..
No comments:
Post a Comment