..Wasiat-wasiat Jitu Dari Ibu Yang Bijak..

Ada sebuah wasiat yg paling baik di antara wasiat-wasiat yg diriwayatkan dari wanita Arab,iaitu wasiat Umamah binti Al-Harith untuk puterinya Ummu Iyyas binti ‘Auf pada malam majlis perkahwinannya.Dalam wasiatnya dia berkata:

Wahai puteriku,sesungguhnya engkau telah memisahkan dirimu dari lingkungan yg darinya engkau keluar.Engkau telah meninggalkan kehidupan yg darinya engkau berkembang.Seandainya seorang perempuan tidak memerlukan seorang suami,kerana kecukupan dari orang tuanya dan keperluan orang tua terhadap anaknya,maka engkau menjadi orang yg sangat tidak memerlukan suami.Namun wanita diciptakan untuk lelaki dan baginya lelaki tercipta.

Nasihat yg pertama dan kedua

Patuhilah kpd suami dgn apa adanya dan mndgr kata-katanya dgn baik disertai ketaatan.

Nasihat yg ketiga dan keempat

Sentiasalah engkau memperhatikan pandangan mata dan ciuman hidung suami,jangan sampai matanya memandang darimu sesuatu yg buruk,dan jangan sampai dia mencium darimu melainkan wangi yg plng sedap.

Nasihat yg kelima dan keenam

Sentiasalah engkau memperhatikan waktu tidur dan makannya,kerana kelaparan akan membuatnya garang dan kekurangan tidur akan membuatnya mudah marah.

Nasihat yg ketujuh dan kelapan

Jagalah hartanya dan peliharalah keluarganya dan anak-anaknya.Adapun hal terpenting berkaitan dengan hartanya adalah mengaturnya dgn baik dan berkaitan dgn anak-anaknya adalah memelihara mereka dgn baik.

Nasihat yg kesembilan dan kesepuluh

Janganlah sekali-kali melanggar perintahnya dan jangan menyebarkan rahsianya,kerana bila engkau melanggar perintahnya,maka engkau telah menyempitkan dadanya,dan bila engkau menyebarkan rahsianya,maka engkau mengkhianati amanatnya.Dan jgn sekali-kali engkau bersukacita dihadapannya bila dia sdng bersedih,dan jgn pula engkau menampakkan kesedihan dan wajah masam ketika dia sdng gembira.

sumber : buku Janganlah Bersedih,Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia

huhu..masih byk kekurangan dalam diri ini..semoga aku mampu jadi seorng isteri yg baik..insyaAllah akan cube dan terus mencuba..

Maira Anjami

Headband Maker of Aya Marhaa | Shaklee Indipendent Distributor | Kindly Whatsapp 013-2059171 for order and free consultation :)

No comments:

Post a Comment