..Red Velvet Cake..

Alhamdulillah...hari ni dah hari Jumaat..Esok cuti..yeay!Tapi memandangkan hari Isnin depan ade ujian pertengahan semester,tak bleh la nak berfoye-foye sgt..hehe(doakan adik ye mak^^)..

Sebelum diri ini serius belajar(errk..boleh ke?hrp2 boleh la>_<),aku rasa aku perlu melayan diri yang tengah rajin nak try buat Red Velvet Cake(RVC)..Dah la~ma teringin nak try buat RVC ni..Tapi sbb takde pewarne merah,sabar je la dulu..Kene mintak tolong mak poskan..Sebulan setengah lepas tu baru dapat..Bile dah ade pewarne merah,rajin plak takde..huhu..

Akibat dah lama bertangguh,dalam kelas tadi dok terbayang-bayang RVC(sampai mcm tu skali..hikhik)..Tanpa membuang masa,balik kelas terus la 'bersilat' kat dapur...Hasilnye~~

..kelihatan comot disitu..

..dan agak sememeh..

..yg penting,boleh dimakan..hehe^^
Rasanye ok la~Tapi aku nak try lagi lain kali(bile tu tak pasti la pulak..hihi)..Sebab yg ni macam kurang manis sket..Penimbang yg dibeli kat kedai 100yen 2 thn lepas dah rosak..sob2..Tak bleh nak timbang gule,main agak2 je..tu yg kurang manis tu..huhu..papepon,thanks kpd yg share resepi^_^

RESEPI
sumber : Hana's Family

Bahan-bahan
Bahan Kek

  • 250g tepung kek *
  • 1/2 sk garam *
  • 15g @ 2 sudu besar serbuk koko * (bahan * ayak)
  • 113g @ 1/2 cawan butter
  • 160g gula kastor - resepi asal 300g
  • 2 biji telur gred A - hana gune 3 biji size M
  • 1sk esen vanila
  • 240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada ikut cara dibawah
  • 2sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah - hana buh 1sm jer - bleh ltk 2sm
  • 1 sk cuka
  • 1 sk soda bikarbonat
Cream Cheese Frosting

  • 227g cream cheese
  • 227 mascarpone - hana ganti cream cheese
  • 115g @ 1 cawan gula kastor
  • 360ml @ 11/2cawan whipping cream
  • hana tambah susu segar sedikit utk frosting yg agak lembut

Cara-cara

  • Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama.
  • Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
  • Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.
  • Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
  • Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
  • Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)
  • Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.
  • Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.
  • Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
  • Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. :)))
  • Potong dan hidangkan.

signature

Maira Anjami

Headband Maker of Aya Marhaa | Shaklee Indipendent Distributor | Kindly Whatsapp 013-2059171 for order and free consultation :)

6 comments:

  1. yeah..kek maira datang lagi!!!

    sedapnyaaaa!! terer da wat kek, byk layer tu kek ni..ngee

    ReplyDelete
  2. wow..!! cantiknya kek adik..
    mak teringin nak makan je.. tak teringin nak buat.. hehe..

    ReplyDelete
  3. Amel:haha..wktu buat kek ni teringt2 kat ko..cube wat cntik2 biar ko suke tgk..haha..tapi nmpknye tak bape nk cntik sgt..kuikui

    Mak:haha..nnti tunggu adik blk n rajin,bleh je tlng watkan^_-

    ReplyDelete
  4. salam.. k maira, cantik nye kek ni! mmg sugoi la akak..ala beznye org yg ad oven ni..jlez ngn akak..wani da xsbar2 nk beli oven sndri..hehe..

    ReplyDelete
  5. salam..
    bese2 je la wani..mne de sugoi..hehe
    nnt kalo wani dah ade oven, kalah la akak dgn wani yg lgi pandai msk..hihi

    ReplyDelete
  6. hahhaha cantik lah tu..nmpk menarik dan ohsemmmm :D
    cam kat kedai je

    ReplyDelete