..Week 25..

Hari ni bangun lebih awal daripada biasa..Siap2 dan terus pergi hospital..Tak sabar rasanya nak tengok baby dalam perut..Malam semalam dah cakap dengan baby supaya jangan malu2 tunjuk 'jantina' kat doktor:DD..Kalau dah tau senang sikit ibu dia nak beli barang2 baby kan..hehe..

..Kalau nak pergi hosp letak batch ni kat beg,baru boleh duduk kat priority seat dgn senang hati..hehe..        
Beberapa orang kata perut ibu boolat+ibu nampak berseri dan suka berhias+morning sickness lama,mungkin baby perempuan..Ada orang pulak kata perut ibu tak keras+kadang2 ibu rasa perut ibu besar ke depan,mungkin baby lelaki la..hihi..macam2 ada kan..jom kita tanya doktor..si kecil ibu ni lelaki ke perempuan?

Sampai je hospital,cek2 apa yang patut,terus masuk bilik ultrasound..Nurse belek2 baby nak cari saiz kepala..Encik hubby tanya nurse,boleh tau jantina tak?nurse kata kalau dia boleh nampak,dia akan beritahu:))..Sambil belek2 tu dia tunjuk kat kami kepala,tangan,kaki,dll bahagian badan baby..Sampai la nampak tuttt~~..hehe..jadi kami pun dah tau la si kecil kami ni boy or girl:))..Tapi kalau nak kapastian yang betul2 pasti,of course la kena tunggu baby lahir kan..

Alhamdulillah..seronok sangat dapat tengok baby^_^..Boleh nampak baby gerak2kan kepala,gerak2kan tangan,panjangkan kaki..hehe..Selama ni kalau doktor tunjuk pon,ibu tak boleh nampak betul2 bahagian badan baby..tapi kali ni boleh nampak dengan jelas..mungkin sebab baby dah lebih besar daripada sebelum ni,senang nampak la kot..

..agak2 nenek boleh nampak tak kepala dan tangan baby?hehe..
Alhamdulillah jugak sebab keputusan ujian darah semuanya normal..Cuma doktor suruh kurangkan makan benda manis dan bergoreng sebab berat badan dah bertambah 2kg dalam masa 5 minggu..hihi..Sedangkan pertambahan berat badan yang ideal ialah bertambah 1kg sahaja dalam masa 1 bulan..Lepas tu,doktor ada cakap yang ibu mengandung dah 25 minggu tapi saiz baby macam ibu mengandung 23 minggu(mengikut purata orang Jepun)..Kira baby sedikit kecil tapi tak perlu risau katanya..huhu..

Next check up lagi 2 minggu..Doktor nak kira saiz baby lagi..Ibu akan berusaha makan makanan berkhasiat banyak2 biar baby jadi lebih besar(..errk..berkesan tak kalau macam tu?)..Semoga anak ibu membesar dengan sihat ye sayang~~..Dan semoga Allah terus memberikan perlindunganNya untuk kita..

signature

Maira Anjami

Headband Maker of Aya Marhaa | Shaklee Indipendent Distributor | Kindly Whatsapp 013-2059171 for order and free consultation :)

4 comments:

  1. Selamat pagi Maira,
    seronoknya... mudah2an ibu dan baby sihat walafiat.

    ReplyDelete
  2. salam maira...seronoknya mengikuti perkembangan bakal ibu nih... semoga diberi kesihatan yang baik dan do take care okeh... :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..:D
    maira, baby pgl apa t?ibu ye? :D

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..

    lelaki ke pompuan..yang penting sehat.. sempurna sifat.. sempurna akalnya.. baby n ibu sama2 sehat..

    nasib baik nenek tak terbeli baju baby kaler pink yang kiut miut tu.. hehe..

    ReplyDelete