Week 27

Pejam celik pejam celik,dah 27 minggu aku berbadan dua rupanya..hehe..Alhamdulillah..semakin menghampiri trimester ketiga..Fasa terakhir pregnancy katanya..


Minggu lepas batuk teruk sampai tak tahan nak biarkan je..terpaksa la pergi hospital dalam sekolah nak mintak ubat..pergi hari isnin lepas ditemani encik hubby..Sebelum doktor cek,kami inform kat dia yang aku mengandung 6 bulan..Doktor dan pembantu dia nampak macam terkejut sikit..Pembantu  doktor tu siap cakap "tak nampak macam mengandung pon"..:))..Aku sengeh je sebab dah lali..Hampir semua orang akan memberi respon macam tu kalau tau aku sedang mengandung..

Lepas dah cek2 semua,doktor pon bagi ubat..ubat tradisional katanya..yang kami faham ubat tu ala-ala ginseng la..Nasib baik tak pahit,boleh jugak la paksa diri untuk minum..Tapi dah namanya ubat kan..rasanya tak de la sedap macam kek coklat atau aiskrim;P..Sekali minum,Alhamdulillah kurang sikit batuk..

Tapi entah macam mana,2 hari lepas tu batuk jadi balik dan badan pon jadi tak sihat sangat..Badan masuk angin,siap muntah2 lagi..huhu..Lepas makan akan rasa tak selesa kat perut dan rasa macam makanan tengah beratur tunggu untuk dimuntahkan..hehe..Tak tau la sebab batuk atau tersalah makan ke,sampai sekarang masih rasa kurang selesa..Semoga aku mampu sabar dan terus bersabar:))

Walaupun ibu kurang sihat,harap baby ibu sihat-sihat sahaja..Daripada pergerakan baby,insyaAllah sihat la kot..malam ni sangat la aktifnya..sejak balik dari sekolah tadi,sampai sekarang..kerap sangat bergerak dan menendang..Abi dia pon seronok la nak usik-usik dia:DD

Esok kami akan ke hospital^_^..insyaAllah akan dapat tengok baby..Jumpa esok ye sayang~~

Semoga Allah mempermudahkan urusan kami,kamu dan kita semua~

Maira Anjami

Headband Maker of Aya Marhaa | Shaklee Indipendent Distributor | Kindly Whatsapp 013-2059171 for order and free consultation :)

1 comment:

  1. Semoga selamat melahirkan bayi.. Jaga kesihatan ye. Salam perkenalan..

    ReplyDelete