..Baby Affan Kazuo^^..

Alhamdulillah..diberi kesempatan nak berjalan sambil melawat baby affan hari ni^^..Seronok sangat dapat tengok baby sambil borak2 dengan kaum ibu..hihi..Biasalah kalau para ibu berjumpa..main topic ialah pasal anak2..Ibu mana yang tak bahagia kalau bercerita pasal anak kan?..

Semoga anak2 kita membesar jadi anak soleh dan solehah..jadi aset agama yg berharga sebab matlamat kita bukan nak bahagia di dunia je..kalau boleh sampai akhirat sana..makanya, besar lah tanggungjawab para ibu dan bapa apabila mereka dianugerahkan dengan cahaya mata^^..Saya bukan ibu yg bgus tpi akan cuba menjadi yg bagus..ganbarou!!

..hello world! i'm Affan Kazuo^^..
Tengah2 sembang tadi terkeluar la kisah warna kulit baby..Mommy affan cerita yg kulit affan warna merah gelap + kuning macam burnt..Sebab duduk bwh lampu yang terang ke?..Pelik jugak katanya..Then seorang akak ni ckp la..muqri (mai son) pon camtu dulu..tapi insyaAllah takde masalah and tak perlu risau..tu mungkin tanda baby akan jadi putih sepo bila dah besar sikit kot..kami membuat kesimpulan..hehe..Tak tau la sejauh mana kebenaran penaalukan kami ni ;P


..Muqri selepas seminggu dilahirkan..mmg kulit muka dia mcm burnt..

..muqri usia 11 bulan^^..
Alhamdulillah sekarang muqri sihat, kulit pon sihat insyaAllah..mmg putih sepo orng klate cakap..bak kata orang kampung sy (orang jawa) ..ibu kelabu, anak putih :DD..hihi..tpi tak kisah..walaupon pernah jdi komplex dlm diri juga berkulit gelap waktu dulu2..waktu kanak2 hingusan ;P..Sekarang saya dah jelas lagi yakin yang Allah tak pandang pon warna kulit :)) ..Yang penting ialah taqwa..

“Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan Ketakwaan” (Hr Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani)

Maira Anjami

Headband Maker of Aya Marhaa | Shaklee Indipendent Distributor | Kindly Whatsapp 013-2059171 for order and free consultation :)

2 comments:

  1. eh eh muka muqri ngan affan kazuo sama la ms baru keluar. hehehe.
    maira, kurang putih itu sexy. hii hii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke kak alya..haha..muka baby boy kot ek..
      wow!sexy tu..hihi..waktu kecik2 dulu fikir orng yg putih je cantik..haha..ntah pape je..

      Delete